Rotidua's Repository of Rant

About Me

September 12th, 2007

Where are you?

Posted by rotidua at 08:35 PM on September 12, 2007.

I'm here.

Where are you? Blogsp0t? 360? where?

Currently reading: Not your blogs
Currently feeling: thoughtful

15 Made The Bread

August 3rd, 2006

Kaum pandai

Posted by rotidua at 04:16 AM on August 3, 2006.

Continuation from here.

Di bawah adalah soalan-soalan asal yang diajukan oleh lelaki bermasalah dan juga jawapan Doktor (kalau gue yang jadi Dr. ler)

Soalan 1:
Pertama kali saya berdiri di depan cermin dari pandangan sisi, saya menyedari kemaluan saya membengkok ke bawah dengan sudut lebih kurang 30 darjah apabila menegang.

Jawapan:
Itu namanya 'graviti'. Dulu tak belajar ke?

Soalan 2:
SAYA seorang gay dan akan mendirikan rumah tangga tidak lama lagi. Saya sudah insaf dan berhenti daripada tabiat itu. Masalahnya saya bimbang pada malam pertama, alat kelamin saya lembik, sekali gus gagal memuaskan isteri.

Jawapan:
Saya boleh membantu anda *wink wink*

Soalan 3:
SAYA suka beronani setiap kali mandi, walaupun mendirikan rumah tangga beberapa bulan lalu. Setiap kali mengadakan hubungan seks, kelainan kepuasan itu terasa berbeza dengan perbuatan onani dilakukan. Apabila beronani klimaks cepat, tetapi bila bersama isteri agak lama untuk mencapai klimaks.

Jawapan:
Ler.. apa ke masalahnya? dengan bini sampai jugak kan? Malas keje lebih dia ni.

Soalan 4:
SAYA berusia 22 tahun dan masalahnya alat sulit saya yang kelihatan pucat.

Jawapan:
Pergi tanning treatment ye atau jemur di pantai Port Dickson. Terima Kasih.

Soalan 5:
SAYA berusia 27 tahun tetapi saiz zakar saya sangat kecil berbanding lelaki sebaya saya. Panjangnya hanya empat sentimeter dengan lilitan yang kecil.

Jawapan:
Boleh saya tahu bagaimana method anda membandingkan saiz anda dan rakan? Oh ye, tunggu sebentar saya ambil pita ukur untuk mendapat gambaran lebih jelas. Hah?? kociknya!!! kah kah kah kah

Soalan 6:
SAYA bakal melangsungkan perkahwinan tidak lama lagi. Masalahnya, saya tidak bernafsu terhadap tunang saya.

Jawapan:
Hai, kucing kalau dah nampak ikan depan mata dia ngap juger.

Soalan 7:
SUAMI saya mempunyai keinginan seks luar biasa (di luar tabii).

Jawapan:
Buang semua VCD p0rn0 tuh.

Soalan 8:
SAYA mengalami masalah mudah terangsang walaupun hanya berbual atau berjalan bersama teman wanita. Dalam masa tidak sampai lima minit..

Jawapan:
Masya Allah. Kawin la cepat, dik.

Soalan 9:
SAYA mempunyai seorang anak lelaki berusia lapan tahun. Apa yang membimbangkan saya ialah tabiatnya kerap menarik hujung zakarnya sebelum tidur atau ketika menonton televisyen.

Jawapan:
Ikut bapak kot!

Soalan 10:
BUAH zakar saya agak kendur dan lanjut ke bawah sehingga menyukarkan pergerakan saya.

Jawapan:
Tandanya sudah overload. Sila rectify dengan tangan.

Soalan 11:
Jimak sepanjang kehamilan. SAYA berusia 50 tahun dan isteri saya 40 tahun. Zakar saya berukuran kira-kira 14 sentimeter. Adakah s3ks akan memudaratkan kehamilan isteri saya?

Jawapan:
Hish dah tua-tua pun bongok!

Soalan 12:
Isteri tidak berminat melakukan s3ks. SAYA bapa kepada empat anak dan bakal menimang cahaya mata kelima. Perkahwinan saya sudah berusia 18 tahun..

Jawapan:
Dia dah ada jantan lain tuh.

Soalan 13:
Seksual menurun pada usia emas (60 tahun)

Jawapan:
Pakcik banyak-banyak la tambah amal ibadat.

Soalan 14:
SAYA sudah mendirikan rumah tangga dan inginkan pandangan tuan berhubung merangsang isteri menggunakan tangan. Adakah ia boleh memberi kesan negatif kepadanya?

Jawapan:
Apa lu takut bini lu suka tangan lu lebih dari lu punya uk uk? Lawak lu brader. Kalau macam ni punya soalan kan, gua pun boleh hilang akal.
Currently feeling: sympathetic

2 Made The Bread

July 19th, 2006

Fix you

Posted by rotidua at 05:12 AM on July 19, 2006.

Make The Dough

June 13th, 2006

We have moved

Posted by rotidua at 06:49 AM on June 13, 2006.

http://www.rotidua.efx2.com

Make The Dough

March 13th, 2006

Rebiu Brokeback Mountain

Posted by rotidua at 03:00 AM on March 13, 2006.

Nah, satu rebiu filem dari member...

----------------------------------------------------

Yazim memang minat filem koboi sejak dari kecik lagi. Ketika membesar di Temerloh lagi. Masih teringat lagi bagaimana dia dihambat oleh emaknya kerana cuba menunggang kambing di rumahnya. Berangan jadi Jong Weng menembak Orang India Merah. Lima garisan parut dibelakangnya menjadi saksi utama setiap kali kuku isterinya mencakar belakangnya setiap malam Khamis. Menyeringai mengingatkannya akan kepedihan libasan batang ubi kayu.

Tapi kini mereka cuma menggerutu sahaja. Mungkin mengomel kerana tak biasa dibungkus dalam pakaian koboinya. Baju koboi yang dibelinya sempena majlis makan malam tahunan syarikatnya disimpan untuk kenangan sebenarnya. Tetapi kini dah ada filem koboi baru, Yazim fikir mungkin seronok kalau dapat pergi tengok wayang sambil berangan jadi Jong Weng. Yazim tahu, Jong Weng tak bawak cota bila pergi menghambat Orang India Merah di tengah gurun. Tapi kompeni sekuriti dia tak bagi dia pegang pistol. Dia bukan jaga bank. Dia jaga sekolah aja, tak payah pistol pistol nih.

Yazim garu sikit parut dibelakangnya. Makin miang pulak parutnya. Mungkin seronok sebab filem dah nak bermula. Tapi Yazim rasa mungkin juga sebab kerusi pawagam itu dah lama tak dibasuh. Kutu banyak.

Suara Mawi menyuruhnya berjoget mengejutkannya dari menggaru. Pantas dia berkalih kebelakang sambil memberi renungan tajam kepada empunya telefon. Gadis bertudung tuh tak mengendahkannya dan menjawab telefon dengan selamba. Mata teman lelakinya yang membalas pandangannya. Yazim cepat cepat menumpukan perhatian kepada iklan gula gula getah di layar. Sambil telinganya mendengar gadis itu membohongi maknya:

“Ya Mak, Ani kat library ni, dengan kawan..ya mak, Ani balik sendiri..lambat sikit kot..aa..tak payah tunggu..aaa…Ani bawak kunci”

Yazim perlahan-lahan mengeluarkan telefon bimbitnya dan mematikannya. Filem dah nak mula.

Setengah jam kemudian, ketika Ani tergamam apabila kedua-dua pelakon utama filem tersebut mula berkucupan, Yazim muntah dalam pawagam.

5 Made The Bread

« Newer | »