My first humble attempt
Posted by rotidua at 06:42 AM on May 4, 2005.
Lara merenung jauh ke luar tingkap. Kereta yang dinanti masih belum tiba. Sesekali dia menoleh ke potret yang tergantung di dinding. Lukisan tangan, antara yang terbaik pernah di hasilkan. Sepasang mempelai mengharapkan kehidupan yang sempurna.
Sebagai seorang saudara baru, Lara tahu batas-batas seorang isteri, tanggung jawabnya tidak susah – 'Turut kata dan kehendak suami, di akhirat nanti syurga sudah pasti'. Berpegangkan kata-kata itulah Lara menjalani kehidupan seharian selepas bergelar isteri, juga selepas disingkirkan dari keluarganya yang menentang keras penghijrahan kepercayaan nenek-moyang mereka.
Hazri adalah suami yang terbaik buat Lara. Segala kemewahan ditaburkan, makan dan pakai tidak pernah kurang. Cuma….
6 bulan semenjak di ijab kabulkan Hazri tidak pernah menyentuh isterinya. Hazri seakan jijik melihat Lara. Dia akan mengelak bila didatangi Lara. Sekali mencuba, dua kali dan berpuluh kali kemudiannya Lara pasrah. Mungkin aku terlalu kurus..? Mungkin aku tidak cantik di mata Hazri..? Rambut tak macam iklan Pantene tu kot.
Mereka hanya akan tidur sebilik bila ibu Hazri dating menziarah. Sebilik bukan sekatil. Ibu Hazri, wanita terbaik pernah Lara temui, selepas ibunya sendiri. Sering apabila diajukan perihal cucu, Lara hanya tersenyum. “Belum rezeki lagi, mak”
Hanya Allah Maha Mengetahui.
Kotorkah aku? Busukkak aku? Hinakah aku sampai tidak layak untuk disentuh? “Ko tu makan babi!”
Pada malam itu, Hazri pulang dan seperti dirasuk, Lara yang sedang tidur didatanginya. Pandangan Hazri penuh dengan benci seperti pedang tertusuk di dada. Pada malam itu Hazri dengan rakus memberi nafkah buat pertama kali kepada Lara. Pada malam itu Lara tidak diperlakukan seperti seorang isteri. Pada malam itu Lara adalah anjing.
Lara masih ingat sakitnya duduk walau di atas katil. Katil…katilnya dicemari darah, darah Lara. Hazrikah itu..atau binatang? Astaghfirullah.
Ya Allah Ampunkanlah dosaku. Ampunkanlah dosa suamiku. Bukakanlah hati kami. Tunjukkan kami jalan yang benar, Ya Allah. Sesungguhnya Kau Maha Mengasihani lagi Maha Pengampun.
Tidak lama selepas malam dajal itu, Doktor Ashar mengesahkan kandungan Lara yang telah mencecah 6 minggu. Ya Allah, besarnya kuasa Mu. Hanya sekali itulah. Lara sujud untuk sekian kalinya.
Mungkin ini petunjuk Allah. Mungkin zuriat ini akan membuka hati Hazri. Mungkin anak ini akan menjadi penyambung kasih Hazri terhadap Lara. Anak ini teramat istimewa. Insya Allah.
=============
Sambil bernyanyi kecil, Lara meninjau tajuk-tajuk buku yang tersusun rapi. Hazri has always love books. 'A parenting guide' by Meriam Stoppard would be a wonderful surprise for him. Dia tersenyum sendirian memikirkan reaksi Hazri nanti. Oh..ibu mertuaku… mesti lagi seronok orang tua tu!.
Hmm, suara itu seakan biasa didengar. Lara berjalan ke arah suara itu. Seorang wanita sedang memegang buku sambil tertawa riang dipeluk teman lelakinya. Eh…ha..Hazri!? HAZRI!!
Seakan gugur jantung, luruh dada ditimpa beban berat, terasa jatuh langit terhenyak di atas kepala.
Buku-buku yang tersusun elok jatuh dilanggar. Lara lari sepantas boleh. Sebaik masuk ke dalam kereta dia menangis semahunya. Pandangan Lara kabur dek air mata yang mencurah. Ah..hujan lebat pula!
====================
Sedar sahaja, Lara keseorangan di atas katil. Hospital, how did I get here. Ingatannya kembali ke babak di kedai buku. Hazri. Air matanya bergenang.. Hazri oh Hazri, sampai hati...apa salahku? di mana silapnya…?. Anakku, hanya kau untukku. Lara merintih sekali lagi.Doktor Ashar melangkah ke dalam wad hanya untuk memberitahu bahawa kandungannya tidak dapat diselamatkan. The impact of the collision was too great. Lara meraung. No! Can't be! NO!! Liar!! NOOO!! Lara meronta sekuat hati. Doktor Ashar terpaksa menyuntik ubat penenang untuk meredakan Lara.
===============
Anak!?? Anak apa? Maksud Doktor, Lara mengandung??? Ya Allah..apa yang telah aku lakukan? Kejamnya aku. Aku pembunuh! Hazri menangis tersak-esak. Lara oh Lara isteriku. Ampunkan, abang. Hazri terjelepuk di hadapan Doktor Ashar.
===============Kereta Hazri masuk ke perkarangan rumah. Lara mengesat saki baki air matanya. Selendang diambil sambil melangkah ke pintu hadapan menyambut Hazri… buat kali terakhir .
Sepanjang perjalanan pulang, Hazri telah menyiapkan dialog untuk isterinya. Let's start over. Hazri telah menempah tiket ke Bora Bora ah..bukankah Lara kepingin ke pulau itu semenjak dulu. Di tangannya, sejambak ros merah harum mewangi. Akan ditebus segala luka Lara sebelum ini. Eh, beg apa ni?
“Abang, Lara hendak pergi. Ampunkan dosa Lara, Bang” Meleleh air mata Lara.
“Lara!…kenapa!? Abang yang berdosa”
“Tidak bang, abang tidak berdosa apa pada Lara. Lara redha sebagai isteri abang.”
“Lara!…Jangan pergi. Please. Jangan tinggalkan abang!”
“Relakan Lara pergi. Halalkan makan minum Lara, bang.”
"Lara……..!!"
Edited 10MAY05
Bergema irama pilu
Bila terkenangkan mu sendu menyulam rindu
Di mana kan kucari bahagia
Lara berlabuh lama sejak kau tiada
Walau sedetik kau pergi
Kembara sepi
Kujelajahi duka ini
Tiada suria lagi
Kelamlah dunia
Kau semilir senja
Kembali bermaya kesuraman lara
Jalinan asmara
Belaian jiwa
Kucuba jua, tak daya kutemukan
lembayung cintaku rela lara
Sebening lara meniti hari
Kanku terus mencari mahkota kasih
Lirik lagu ihsan daripada Spasticolon


. In it is the reason why Batman uses such a striking and outstanding badge right on his chest. 
