Rebiu Brokeback Mountain
Posted by rotidua at 03:00 AM on March 13, 2006.
Nah, satu rebiu filem dari member...
----------------------------------------------------
Yazim memang minat filem koboi sejak dari kecik lagi. Ketika membesar di Temerloh lagi. Masih teringat lagi bagaimana dia dihambat oleh emaknya kerana cuba menunggang kambing di rumahnya. Berangan jadi Jong Weng menembak Orang India Merah. Lima garisan parut dibelakangnya menjadi saksi utama setiap kali kuku isterinya mencakar belakangnya setiap malam Khamis. Menyeringai mengingatkannya akan kepedihan libasan batang ubi kayu.
Tapi kini mereka cuma menggerutu sahaja. Mungkin mengomel kerana tak biasa dibungkus dalam pakaian koboinya. Baju koboi yang dibelinya sempena majlis makan malam tahunan syarikatnya disimpan untuk kenangan sebenarnya. Tetapi kini dah ada filem koboi baru, Yazim fikir mungkin seronok kalau dapat pergi tengok wayang sambil berangan jadi Jong Weng. Yazim tahu, Jong Weng tak bawak cota bila pergi menghambat Orang India Merah di tengah gurun. Tapi kompeni sekuriti dia tak bagi dia pegang pistol. Dia bukan jaga bank. Dia jaga sekolah aja, tak payah pistol pistol nih.
Yazim garu sikit parut dibelakangnya. Makin miang pulak parutnya. Mungkin seronok sebab filem dah nak bermula. Tapi Yazim rasa mungkin juga sebab kerusi pawagam itu dah lama tak dibasuh. Kutu banyak.
Suara Mawi menyuruhnya berjoget mengejutkannya dari menggaru. Pantas dia berkalih kebelakang sambil memberi renungan tajam kepada empunya telefon. Gadis bertudung tuh tak mengendahkannya dan menjawab telefon dengan selamba. Mata teman lelakinya yang membalas pandangannya. Yazim cepat cepat menumpukan perhatian kepada iklan gula gula getah di layar. Sambil telinganya mendengar gadis itu membohongi maknya:
“Ya Mak, Ani kat library ni, dengan kawan..ya mak, Ani balik sendiri..lambat sikit kot..aa..tak payah tunggu..aaa…Ani bawak kunci”
Yazim perlahan-lahan mengeluarkan telefon bimbitnya dan mematikannya. Filem dah nak mula.
Setengah jam kemudian, ketika Ani tergamam apabila kedua-dua pelakon utama filem tersebut mula berkucupan, Yazim muntah dalam pawagam.